Friday 24 May 2013

Sumbangan Karnival Kesuma & Bicara Akademik

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SMK Bandar Tasik Kesuma dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan Karnival Kesuma pada:

Tarikh: Ahad 30 Jun 2013
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor

Tujuan

1. Mengumpul dana bagi membina bumbung di tapak perhimpunan dan wakaf-wakaf bagi memudahkan pelajar menjalankan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

2. Mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti keusahawanan dan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa pelajar SMK Bandar Tasik Kesuma.

Aktiviti
Membuka gerai jualan pelbagai jenis makanan, minuman, permainan dan pameran yang diusahakan oleh guru-guru dan ibu bapa.

Hasil jualan
Disalurkan kepada tabung PIBG untuk digunakan pelajar-pelajar untuki tujuan di atas.

Kami turut melibatkan penyertaan agensi-agensi luar untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang ilmu keusahawanan.

Sumbangan ikhlas
RM10 bagi seorang pelajar melalui pembelian kupon.

Aktiviti sampingan
Hari Bicara Akademik akan diadakan pada hari tersebut dari pukul 7.30 pagi - 10.30 pagi.
Ibu bapa hendaklah hadir pada hari tersebut untuk berbincang tentang perkembangan akademik anak-anak kita.

Sokongan daripada ibu bapa amat diharapkan bagi program ini berjaya.


Thursday 16 May 2013

Sambutan Hari Guru

Tarikh: 17 Mei 2013
Masa: 7.30pg-12.30tgh
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma

Semua pelajar diwajibkan hadir pada sesi pagi. Adalah diharapkan ibubapa/penjaga dapat merancang dan menguruskan pengangkutan mengikut waktu yang ditetapkan.