Perlembagaan PIBG SMKBTK

AKTA PENDIDIKAN 1996
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN
(PERSATUAN IBU BAPA & GURU) 1998[Sub peraturan 7(2)] 

PERLEMBAGAANPERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)SMK BANDAR TASIK KESUMA


PERKARA 1: Nama dan Alamat
1.1 Persatuan ini dikenal dengan nama: Persatuan Ibu Bapa - Guru Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, (kemudian daripada ini disebut Persatuan). 
1.2 Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah: Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor.

PERKARA 2:Tujuan-tujuan Persatuan
2.1 untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam Sekolah dalam meningkatkan imej Sekolah;
2.2 untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;
2.3 untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
2.4 untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara mem­perbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya; dan
2.5 untuk membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan pengaja­ran dan pembelajaran

PERKARA 3: TEMPAT MESYUARAT
3.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, 43700 Beranang, Selangor.

PERKARA 4: KEANGGOTAAN DAN JAWATANKUASA
4.1 KEANGGOTAAN
4.1.1 Tiap-tiap ibu bapa dan guru di Sekolah Menengah Kebang­saan Bandar Tasik Kesuma adalah disifatkan sebagai anggota Persatuan.
4.1.2 Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah tetapi berminat menjadi Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Selangor untuk menjadi anggota.
4.1.3 Pengetua sekolah sebagai anggota  ex-officio dan Penasihat Persatuan.

4.2 JAWATANKUASA
4.2.1 Satu Jawatahkuasa mengandungi pegawai-pegawai berikut hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan:
a) Yang Di-Pertua
b) Naib Yang Di-Pertua
c) Setiausaha Kehormat
d) Bendahari Kehormat
e) 11 orang angggota Jawatankuasa (bilangan ibu bapa dan guru dalam Jawatankuasa hendaklah seimbang)
4.2.2 Nama-nama untuk jawatan di atas hendaklah dicadang dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh anggota di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula pada tiap-tiap tahun.
4.2.3 Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam Jawatankuasa hendaklah dipenuhi oleh Yang Dipertua dan melantik anggo­ta biasa yang memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan; atau
4.2.4 Mana-mana orang yang dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Selangor melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru menjadi anggota jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru).

4.3 TUGAS JAWATANKUASA
4.3.1 Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan-kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
4.3.2 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurang­nya sekali dalam tempoh tiga bulan dan empat belas hari notis/pengumuman hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa.
4.3.3 Yang Dipertua dengan bersendirian atau dengan tidak kurang daripada tiga orang anggota Jawatankuasa, boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.

4.4 TUGAS JAWATANKUASA
4.4.1. Yang Di-Pertua:
Yang Di-Pertua hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. 
Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah menanda-tangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. 
Dalam masa ketiadaannya, Naib Yang DiPertua hendaklah memangku jawatannya. 
4.4.2 Setiausaha Kehormat:
Setiausaha Kehormat hendaklah menjalankan urusan Per­satuan menurut Perlembagaannya dan melaksanakan arahan-arahan Mesyuarat Agung Tahunan dan Jawatan-kuasa. 
Beliau hendaklah menyimpan semua minit mesyuarat, mengu­rus hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat-surat dan rekod-rekod lain.
Beliau hendaklah menyediakan laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan dan minit-minit yang berkenaan dengannya.
4.4.2 Bendahari Kehormat:
Bendahari Kehormat bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berke­na­an semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 
Beliau hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum 01 Januari dan diserahkan untuk diaudit.

PERKARA 5: KUMPULAN WANG PERSATUAN
5.1 Persatuan hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang.
5.2 Semua derma atau sumbangan terhadap tujuan-tujuan Per­satuan hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan itu. 
Kumpulan wang itu hendaklah diurus oleh Persataun.

PERKARA 6: KUASA MEMBELANJAKAN WANG PERSATUAN
6.1 Jawatankuasa Persatuan dibenarkan membelanjakan wang Persatuan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi men­jalankan tujuan-tujuan Persatuan.
6.2 Bendahari Kehormat dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih dari RM300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja) pada suatu masa dan memasukkan semua wang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akaun bank ini hendaklah atas nama Persatuan.
6.3 Segala cek dan dokumen yang berkaitan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Bendahari Kehormat dan Yang DiPertua atau Setiausaha Kehormat.
6.4 Tahun kewangan Persatuan ialah 01 haribulan Januari hingga 31 haribulan Disember.

PERKARA 7: PENGAUDITAN
7.1 Akaun Persatuan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang bukan anggota Jawatankuasa dan mereka hendaklah dicalon dan dipilih oleh anggota-anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
7.2 Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.
7.3 Satu salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan di­lulus­kan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah di­kemukakan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Selangor.

PERKARA 8: KUORUM
8.1 Kuorum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 45 orang anggota (tiga kali jumlah bilangan Jawatankuasa).
8.2 Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa sebanyak 2/3 bilangan anggota Jawatankuasa.

PERKARA 9: MESYUARAT AGUNG
9.1 Mesyuarat Agung Tahunan
9.2.1 Kuasa Persatuan hendaklah diputuskan melalui Mesyuarat Agung Tahunan.
9.2.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.
9.2.3 Sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari notis hendaklah diberi secara bertulis untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.
9.2.4 Perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat  Agung Tahunan adalah seperti berikut:
a) menerima laporan Jawatankuasa;
b) menerima penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun lalu;
c) memilih pemegang-pemegang Jawatankuasa; dan
d) menimbangkan hal-hal lain yang berkaitan kemajuan dan kebajikan Persatuan.
9.3 Mesyuarat Agung Luar Biasa
9.3.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diadakan atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 30 orang anggota (bilangan ibu bapa hendaklah seimbang)
9.3.2 Tujuh hari notis hendaklah diberikan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa.
9.3. 3 Satu agenda sahaja akan dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut.

PERKARA 10: PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSATUAN
10.1 Perlembagaan Persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan. 
Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada Per­l­­embagaan hanya berkuatkuasa mulai dari tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-pindaan itu dibenarkan oleh Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Selangor.

Perkara 11: Harta Amanah Persatuan
11.1. Persatuan mempunyai kuasa untuk memiliki, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih atau takalih yang Persatuan berpendapat akan memudahkan Persatuan menjalankan kuasa dan kewajipan di bawah Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru).
11.2 Empat orang pemegang amanah hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Persatuan.
Mereka akan diamanahkan semua harta takalih, semua kepunyaan Persatuan dan mereka hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatankuasa.
11.3 Pemegamg amanah tidak boleh menjual, menarik atau menukarkan harta kepunyaan Persatuan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Tahunan
11.4 Seorang pemegang amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Jawatankuasa oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain-lain sebab yang menyebabkan beliau boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan.
Jika berlaku berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seorang pemegang amanah sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatankuasa sehingga pemegang amanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan
11.5 Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut Perlembagaan ini berhak merayu kepada Mesyuarat Agung tahunan yang berkuasa memberi keputu­san yang muktamad.
11.6 Segala harta alih dan takalih tidak boleh dilupuskan walau­pun Persatuan dibubarkan melainkan dengan kelulusan Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Selangor.

Perkara 12: Larangan
12.1 Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan guru-guru, kakitangan-kakitangan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.
12.2 Persatuan tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara yang lain yang berkaitan di antara Persatuan dengan Pengetua atau kakitangan se­kolah atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

Perkara 13: Tafsiran
13.3 Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan Persatuan Ibu Bapa-Guru dalam mesyuarat Jawatankuasa. 

PERKARA 14: Pembubaran
14.1 Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada  Pendaftar Sekolah-sekolah Negeri Selangor.



Tarikh: 8 Mac 2004

No comments:

Post a Comment