Thursday, 2 January 2014

SMK Bandar Tasik Kesuma Juara YV4C 2013


Inovasi baja kompos membawa tuah SMK Bandar Tasik Kesuma 








1. Nama Pertandingan: Pertandingan ‘Young Voices For Conservation’ (YV4C 2013)
2. Anjuran: TrEES (Treat Every Environment Special) Sdn Bhd
3. Pembiayaan oleh : Affin Bank Bhd
4. Jangka Masa: Mac- November 2013
5. Nama Projek: From Garbage to Garden- Pengkomposan Sisa Taman dan Kantin
6. Peringkat Pertandingan

Bil
Peringkat
Tarikh
Tempat
1
Bengkel 1: Taklimat Pertandingan
6 mac 2013
Perpustakaan Komuniti PJ
2
Bengkel 2: Pembentangan Kertas Konsep
2 Mei 2013
Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar
3
Bengkel 3: Pembentangan Kertas Cadangan
4 Julai 2013
Perpustakaan Komuniti PJ
4
Perlaksanaan Projek di Sekolah
1 Julai- 6 Ogos 2013
SMKBTK
5
Pembentangan Projek kepada juri
19 Sept 2013
Perpustakaan Komuniti PJ
6
Lawatan juri ke sekolah
26 Sept 2013
SMKBTK
7
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
11 Nov 2013
Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar

7. Lokasi: Laman Kompos SMK Bandar Tasik Kesuma.
8. Nama Pasukan: Eco Greenators

NAMA GURU PENGIRING:              1.  PN SITI ZURAIDAH BT ISMAIL
                                                                2.  PN RAHIMAH BT ZAKARIA
NAMA PELAJAR:                               1. UMAR MUSTAQIM BIN HESHAMUDDIN
                                                                2. LEE FEI WEN
                                                                3. MUHAMMAD AFIQ BIN OMARUDDIN
                                                                4. MOHAMAD AZLAN BIN JEFRI
                                                                5. MUHAMMAD AFIQ BIN AZLI
                                                                6. SYAHIRAH ASYIQIN BT ALIAS
                                                                7. NUR SYAZWANI BT ZULKIFLI
                                                                8. NASRIN DAYANA BT MOHAMMAD NASRI
                                                                9. MUHAMMAD AZIZI BIN ABD HALIM
                                                                10. NUR ATHIRAH BINTI RUSLY
                                                                11.  NUR ATIKAH BINTI HALIM
                                                                12. NUR FATINI BINTI  ZAIDI
                                                                13. NIDA SYAZWANI BINTI ZAWAWI
                                                                14. SYAHIRAH MAIMINAH BINTI HASHIM
                                                                15. NUR ARINA SADRINA BINTI ZAINUL NAHAR
                                                                16. NUR HAZIERAH BINTI ROSDI
                                                                17. ARIESYA BINTI ADNAN
                                                                18. HAMUDAH  HAKIMAH  BINTI ABDULLAH
                                                                19. NUR AISYA BINTI NAZRI
                                                                20. NUR FARAHIN BINTI AFFENDY
Bahan-bahan yang digunakan:
·         Alatan perkebunan
·         Kapur
·         Bakteria
·         Daun kering
·         Sisa dapur
Kemudahan:

·         Laman Kompos yang telah diubah daripada pusat pembakaran sampah.
·         Dua tong kompos yang disumbang oleh PIBG SMK Bandar Tasik Kesuma.
·         Tong sampah terpakai untuk menyimpan daun kering.
Kos :

Bil
Bahan
Harga
Sumber
1
Tapak
-
Kebenaran Pihak Sekolah
2
Tong Kompos
-
Sumbangan PIBG
3
Pondok Kompos
-
Sumbangan PIBG
4
Papan Tanda Laman Kompos
-
Peruntukan  Ko-kurikulum
5
Tong Pengumpulan daun kering
-
Tong Sampah terpakai
6
Alatan perkebunan dan bahan memproses baja kompos
-
Peruntukan AFFIN BANK dan dana yang dikumpulkan oleh pasukan TrEES

Laporan perlaksanaan projek

Pertandingan disertai oleh 40 buah sekolah dari Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. Pasukan SMKBTK adalah antara 10 buah sekolah yang telah berjaya melepasi peringkat 1 – 3 dan memperolehi suntikan dana sebanyak RM 425 dari Affin Bank untuk melaksanakan projek di sekolah. Tempoh selama 6 minggu diberikan untuk melaksanakan projek dan menjalankan kempen kesedaran alam sekitar di sekolah bermula 1 Julai hingga 6 Ogos. Selain itu pasukan sekolah juga perlu mengemaskinikan laman social face book yang dipantau oleh pihak penganjur. Dari pemantauan juri, SMKBTK telah terpilih ke peringkat akhir bersama 5 buah sekolah lain dan dilawati oleh pihak juri.  Akhirnya hasil kerja keras selama 10 bulan, pasukan Eco Greenators SMKBTK telah diumumkan sebagai juara Pertandingan YV4C 2013,  dengan membawa hadiah kemenangan berjumlah RM 12,000 dan SMKBTK juga memenangi kategori laporan akaun terbaik sebanyak RM 1,500.

Dalam tempoh projek ini pasukan Eco Greenators telah berjaya mengolah lebih kurang 100kg daun kering dan 30 kg sisa dapur kantin kepada 150 kg baja kompos. Sebahagian baja digunakan untuk membaja tanaman di taman- taman dalam kawasan sekolah dan sebahagiannya di jual kepada warga guru dan kakitangan sengan harga RM3 sekilo.

InsyaAllah, projek baja kompos ini akan diteruskan perlaksanaannya dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Saya sebagai penyelaras pasukan mewakili ahli pasukan Eco Greenators ingin menyampaikan ucapan terimakasih dan penghargaan atas sokongan yang diberikan oleh pihak PIBG yang telah menyumbangkan sebanyak RM2000 untuk membina pondok dan tong kompos projek kami.

No comments:

Post a Comment