Saturday, 9 January 2016
Monday, 30 November 2015
Malang bertimpa buat Aida Shafika Azmi
Malang bertimpa buat calon SPM
29 November 2015 1:25 AM

Aida Shafika Azmi (tiga dari kiri) menerima sumbangan daripada wakil PIBG SMK Bandar Kesuma di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. mingguan Roy Azis Abd. Aziz
KUALA LUMPUR 28 Nov. – Aida Shafika Azmi, 17, kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun dia berdepan ujian besar apabila terpaksa menelaah pelajaran di dua hospital berbeza kerana terpaksa menjaga ibu dan bapanya, sejak Rabu lalu.
Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma, Beranang, dekat sini itu merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri, Azmi Saidin, 41, yang bekerja sebagai pemandu lori barangan runcit dan Husna Zakaria, 41, suri rumah sepenuh masa.
Menurutnya, dia dan ayahnya sering berulang alik dari rumah ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi menemani ibunya yang menjalani rawatan penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang, sejak seminggu lalu.
“Walau bagaimanapun, pada Rabu lalu selepas menghantar saya ke sekolah untuk menduduki kertas peperiksaan Fizik, ayah pula terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila motosikalnya terbabas dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kajang.
“Saya hanya diberitahu oleh pihak Hospital Kajang mengenai kemalangan itu ketika berada dalam kereta guru yang menumpangkan saya untuk ke PPUKM,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Wad 4H (Perempuan), PPUKM, di sini hari ini.
Pelajar itu berkata, selepas mendapat panggilan tersebut, dia terus bergegas ke Hospital Kajang dan doktor memberitahu keadaan ayahnya parah kerana terdapat komplikasi di bahagian kepala, paru-paru selain patah bahagian tangan kanan dan kaki.
Jelas Aida Shafika, dia sedang merayu dengan Hospital Kajang untuk memindahkan ayahnya ke PPUKM yang sehingga kini masih belum sedar bagi memudahkannya menjaga kedua-dua orang tuanya itu, namun doktor tidak membenarkan kerana keadaan ayahnya sangat kritikal.
“Buat masa ini, nenek yang menjaga ayah di Hospital Kajang manakala saya menemani emak di PPUKM kerana emak akan menjalani pembedahan kedua membuang tisu di bahagian kaki kiri, esok atau lusa.
“Menurut doktor, kaki emak sepatutnya kena potong sebab luka di bahagian itu semakin teruk tetapi emak tidak mahu kerana sedih ayah tiada untuk menemaninya,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Bandar Tasik Kesuma, Samsudin Md. Yassin berkata, pihaknya bersama-sama Kelab Pengawas sekolah itu telah berusaha mengumpul bantuan kewangan bagi meringankan beban Aida Shafika.
Katanya, beliau simpati dan bimbang dengan emosi Aida Shafika kerana pelajar itu bakal menduduki kertas peperiksaan terakhir, Biologi pada Isnin ini.
“Saya difahamkan kos rawatan ibunya di PPUKM ditanggung sepenuhnya oleh Zakat Selangor, tetapi belum mengetahui kos perubatan ayahnya.
“Aida Shafika juga memberitahu dia hanya mempunyai RM200 ketika ini dan terpaksa meminta pertolongan ibu atau ayah rakan-rakan sekolahnya untuk membawanya ke dua-dua hospital itu,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Aida Shafika Azmi 1013841000050746 atau hubungi Samsudin di 019-3489522 untuk sebarang pertanyaan.
Thursday, 22 October 2015
Thursday, 9 July 2015
Saturday, 14 March 2015
Mesyuarat Agung PIBG & Pelancaran Program Ziarah Kasih
Sunday, 12 October 2014
Monday, 6 October 2014
Takwim Peperiksaan Awam 2014
Peperiksaan
|
Kaedah
|
Tarikh
|
| Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) | Bertulis | 9 - 12 Jun 2014 |
| Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) | Lisan | 7 - 17 Julai 2014 |
| Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) | Bertulis | 9 - 11 September 2014 |
| Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) | Pelbagai Lisan Bertulis | 1 - 18 Julai 2014 6 - 29 Ogos 2014 |
| Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) | Bertulis | 13, 15, 20 dan 21 Oktober 2014 |
| Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) | Bertulis | 3 November - 2 Disember 2014 |
| Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) | Bertulis | 13 dan 17, 18, 19 November 2014 |
Nota: Tarikh-tarikh peperiksaan di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















