Thursday, 8 June 2017

23 Jun 2017, Hari Cuti Sekolah Berganti

Aidilfitri: 23 Jun hari cuti sekolah berganti kecuali di K'tan, T'ganu, Kedah, Johor

Gambar: Ihsan Astro Awani

Kementerian Pendidikan menetapkan 23 Jun iaitu hari jumaat sebagai hari cuti berganti untuk negeri-negeri selain Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu sempena sambutan Aidilfitri ini.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesemua sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Sabah dan Sarawak perlu mengganti hari persekolahan itu pada 17 Jun ini.
"Kementerian Pendidikan telah bersetuju memberikan cuti berganti pada negeri-negeri kategori B pada 23 Jun dan diganti pada 17 Jun Ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama 1,000 warga Kementerian Pendidikan di Putrajaya malam tadi.
Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula hari permulaan cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri tahun ini bagi mengelak kesesakan jalan raya dan menjamin keselamatan warga guru dan pelajar.
Mengikut jadual asal yang dikeluarkan pihak kementerian, sekolah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor akan mula bercuti pada 23 Jun ini (Jumaat) manakala negeri lain bermula pada 24 Jun.
Media melaporkan Presiden KGMMB, Datuk Mohd Sabri Mohd Arshad berkata kesesakan jalan raya dijangka berlaku teruk pada Sabtu kerana orang ramai mula cuti dan mahu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka disambut pada 25 Jun (Ahad).
- Bernama

Sunday, 28 May 2017

Sambutan Hari Guru 2017

PEPATAH Melayu ada berkata ,”Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain,” yang menunjukkan betapa besarnya pengorbanan seorang guru. 

Justeru, pada tarikh 26 Mei 2017, SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang julung-julung kalinya diadakan di Dewan Aspirasi Kesuma bersama-sama pengetua baru En. Mohd Fauzi bin Abu Bakar. 

Dewan terbuka ini telah dibina hasil kerjasama dan kutipan dana pihak PIBG dan sekolah bagi merealisasikan hasrat pihak sekolah untuk keselesaan murid-murid dan juga guru-guru menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah.

Bertemakan ‘P. Ramlee & Saloma’, sambutan Hari Guru ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG En. Abdul Rashid bin Abd Aziz, bersama-sama tetamu jemputan, En. Anuar bin Haji Abd Ghani, Naib Yang Dipertua PIBG, Ajk-ajk PIBG, serta warga SMK Bandar Tasik Kesuma yang berjumlah hampir 1620 orang hadir untuk memeriahkan lagi sambutan pada hari ini. 

Pelbagai acara dijalankan seperti persembahan pelajar bertemakan klasik ,nyanyian hari guru dan sukaneka. 

Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sambutan pada tahun ini. Juga tidak lupa kepada penderma yang sudi menghulurkan sumbangan.

AKHIRNYA impian tercapai apabila buat pertama kalinya Dewan Aspirasi Kesuma digunakan sempena sambutan Hari Guru SMK Bandar Tasik Kesuma 2017. Amin

TERBAIK... Cikgu kita berposing zaman P. Ramlee.

CIKGU-cikgu ala-ala Saloma.

HEBAT BERGAYA cikgu-cikgu kita...

UCAPAN aluan daripada Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma. Encik Fauzi bin Abu Bakar.

SAMBUTAN Hari Guru dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Bandar Tasik Kesuma, En Abdul Rashid Abdul Aziz.

STEADY Pengetua! Acara sukaneka bermula

KUMPULAN Keluarga 69... Bergaya tetapi tak jadi juara...

BERGAYA sakan... Juara kumpulan pulak tu. Tahniah Kumpulan Doremi!
BEGITU serius cikgu membaling 'bowling buah kelapa'.


TAHNIAH kepada guru-guru yang menerima Anugerah daripada pelbagai kategori
BARISAN Kelab Guru SMK Bandar Tasik Kesuma yang sentiasa ceria...

SAMBUTAN menjadi lebih meriah apabila Utusan Malaysia keluaran 28 Mei 2017 menyiarkan liputan mengenai sambutan Hari Guru 2017 SMK Bandar Tasik Kesuma. 


Tuesday, 18 April 2017

Aktiviti SMK Bandar Tasik Kesuma


Pentaksiran Sumatif 2 untuk Tingkatan 3
Tarikh: 21-28 April 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke-14 SMK Bandar Tasik Kesuma
Tarikh: 22 April 2017
Tempat: Surau SMK Bandar Tasik Kesuma

Ujian Lisan Tutur Bahasa Melayu
Tarikh: 4 -7  April 2017

Ujian Lisan Tutur Bahasa Inggeris
Tarikh: 4 - 20 April 2017

Monday, 3 April 2017

Kejohanan Balapan & Padang Kesuma kali ke-15

Kesuma "Power"

Tarikh: 1 April 2017
Jam: 8.00 pagi
Tempat: Stadium UKM, Bangi

Dirasmikan oleh: Y.B. Datuk Haji Johan Abdul Aziz - ADUN Semenyih

YB Datuk Johan merasmikan Sukan SMK Bandar Tasik Kesuma.

ACARA menaikkan bendera kejohanan Sukan SMK BTK kali ke-15.
WAKIL setiap rumah bersama pasukan masing-masing.
MAJLIS diserikan lagi dengan acara senamrobik.