Wednesday 20 March 2013

Sumbangan PIBG, Kokurikulum, Program 3K dan Majalah Sekolah 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar dikehendaki memberi sumbangan PIBG, Kokurikulum dan Tandas Bestari serta Majalah Sekolah untuk tahun 2013 seperti berikut:

1. Sumbangan PIBG RM50 sekeluarga.
2. Sumbangan Kokurikulum RM8.00 setiap pelajar.
3. Majalah sekolah RM12.00 sekeluarga.
4.Sumbangan Program 3K (Tandas Bestari) RM5.00 setiap pelajar.

Sukacita dimaklumkan segala sumbangan di atas telah dipersetujui secara sebulat suara dalam Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada 24 Februari 2013 yang lalu.

Sumbangan ini juga telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, bayaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013.

Kerjasana dan keperihatian tuan/puan adalah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

No comments:

Post a Comment