Tarikh: 22 Februari 2014
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma
Saturday, 22 February 2014
Al-Fatihah
Nama murid: Mohd Amir bin Azmi
Tingkatan: 4 PN2 (2013 Kelas 3E)
Meninggal dunia selepas Maghrib kerana kemalangan menaiki motorsikal dengan kereta.
Bapa beliau adalah Pengerusi KRT Fasa 4.
Nama: Mohd Shahrizal bin Sulaiman
Tarikh meninggal: 10 Feb 2014
Punca meninggal dunia: Sakit
Semoga roh mereka di tempatkan orang-orang yang beriman.
Amin!
Friday, 10 January 2014
Baja kompos organik ciptaan pelajar sekolah
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo
![]() |
PROJEK baja kompos yang diusahakan oleh pasukan Eco-Greenator dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma di Beranang, Selangor dinobatkan sebagai juara pertandingan Suara Remaja Memperjuangkan Pemuliharaan.
Ternyata usaha gigih pasukan tersebut selama beberapa bulan sejak bulan Mac 2013 tidak sia-sia.
Ketua projek, Muhammad Afiq Omaruddin, 16, mengakui kejayaan tersebut begitu bermakna buat mereka yang menyertai pertandingan tersebut buat kali pertama tahun ini.
“Alhamdulillah, rasa amat teruja apabila kami diumumkan sebagai juara pada pertandingan akhir ini. Meskipun pasukan lain juga hebat dengan pelbagai projek pemuliharaan, tetapi tuah memihak pada kami,” tutur Muhammad Afiq.
Program yang dikenali dengan singkatan YV4C itu merujuk kepada Young Voices for Conservation dianjurkan oleh pertubuhan Treat Every Environment Special (TrEES) sebagai satu inisiatif menggalakkan golongan pelajar mencintai alam sekitar. Ia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pelajaran dan disokong oleh Affin Bank Berhad (Affinbank).

PESERTA dari SMK Bandar Tasik Kesuma memproses baja kompos di sekolah mereka.
Enam terpilih
Pada peringkat awal, sebanyak 39 pasukan dari sekolah-sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya bersaing untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya.
Namun, hanya enam sekolah terpilih ke peringkat akhir berdasarkan projek yang diusahakan bagi memelihara alam sekitar yang berlangsung pada 12 November lalu di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar.
Pasukan tersebut terdiri daripada SMK Cheras Jaya, SMK Taman Sea, SMK Bandar Tasik Kesuma, SMK Serendah, SMK Wangsa Melawati dan SMK King George V.
Menurut Muhammad Afiq, pasukannya berjaya menghasilkan 150 kilogram baja kompos organik daripada bahan buangan taman dan sisa makanan yang diambil dari kantin sekolah.
“Kemudian, baja itu kami gunakan untuk menyuburkan taman-taman di kawasan sekitar sekolah. Malah, sebahagian daripada baja tersebut telah dijual bagi membiayai kos untuk meneruskan pelaksanaan projek ini,” jelasnya ketika ditemui.
Sepanjang program ini berlangsung, setiap pasukan tampil dengan penyelesaian sendiri untuk menghijaukan sekolah dan menggembleng tenaga warga sekolah masing-masing bagi menjayakannya.
![]()
PESERTA dari SMK Serendah bekerjasama membina pagar taman di cerun yang berhampiran kantin sekolah mereka.
|
Gubah taman
Selain itu, para peserta turut dibantu merancang dan melaksanakan projek melalui bengkel latihan yang diadakan oleh pihak penganjur.
Pengarah TrEES, Christa Hashim memberitahu, secara keseluruhan, lebih 65 tan bahan kitar semula seperti kertas, plastik, tin, kotak minuman dan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan oleh sekolah-sekolah tersebut.
“Setiap pasukan juga kreatif menggubah taman yang ditanam dengan pelbagai pokok untuk mempelbagaikan tumbuhan semula jadi di sekolah masing-masing.
“Hakikatnya, melalui pertandingan ini, para peserta dapat mencungkil bakat yang ada dalam diri, meluaskan pengetahuan, menajamkan kemahiran dan mengenali erti semangat berpasukan untuk meraih kejayaan,” ungkap Christa.
Antara projek unik yang menarik perhatian ialah pemindahan kelawar yang tinggal di loteng SMK King George V di Seremban, Negeri Sembilan melalui penyediaan sarang kelawar di tempat lain.
Meskipun kelawar berguna bagi alam sekitar, tetapi guano atau najis kawanan haiwan itu mampu membahayakan kesihatan warga sekolah tersebut.

Contoh baja kompos yang dihasilkan pelajar dalam program YV4C ini.
Projek mengusahakan sebuah taman di lereng bukit di SMK Serendah bagi mengelakkan berlakunya hakisan tanah juga harus diberi pujian.
“Kami bimbang keselamatan penghuni sekolah jika berlaku hakisan tanah pada cerun-cerun yang curam bersebelahan kantin sekolah ini. Sebab itulah kami sepakat untuk menanam pokok dalam mengekalkan keutuhan tanah di situ,” kata wakil pasukan, Teh Ai Yee, 16.
Bagi pasukan dari SMK Cheras Jaya pula, kertas sisa dan bungkusan plastik dari kantin sekolah yang dahulunya dibuang kini dianggap sebagai sumber yang berharga.
Justeru, mereka bertindak mengitar semula dan menggunakan untuk mengindahkan kawasan taman. Malah, sisa kertas digunakan semula sebagai kantung pelindung sayur-sayuran dan membuat kertas lukisan serta kolaj.
Sementara itu, menggunakan sistem membuat kompos yang digelar bokashi, pasukan dari SMK Taman Sea berjaya mengurangkan sisa makanan mentah dari dapur kantin dan sisa makanan yang sudah dimasak tetapi tidak habis dimakan oleh pelajar.
Kompos bokashi ini digunakan untuk menyuburkan sepetak tanah kosong yang dijadikan kebun sayur-sayuran organik di sekolah mereka.
Usaha ini juga secara tidak langsung mendidik warga sekolah tentang cara menggunakan baja organik untuk menanam buah-buahan dan sayur.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini layari laman www.facebook.com/YV4C.TrEES.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_01.htm#ixzz2pxvsUzw0
Hakcipta terpelihara

Thursday, 2 January 2014
SMK Bandar Tasik Kesuma Juara YV4C 2013
Inovasi baja kompos membawa tuah SMK Bandar Tasik Kesuma
1. Nama Pertandingan: Pertandingan ‘Young Voices For Conservation’
(YV4C 2013)
2. Anjuran: TrEES (Treat Every Environment Special) Sdn Bhd
3. Pembiayaan oleh : Affin Bank Bhd
4. Jangka Masa: Mac- November 2013
5. Nama Projek: From Garbage to Garden-
Pengkomposan Sisa Taman dan Kantin
6. Peringkat Pertandingan
Bil
|
Peringkat
|
Tarikh
|
Tempat
|
1
|
Bengkel 1: Taklimat Pertandingan
|
6 mac 2013
|
Perpustakaan Komuniti PJ
|
2
|
Bengkel 2: Pembentangan Kertas Konsep
|
2 Mei 2013
|
Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar
|
3
|
Bengkel 3: Pembentangan Kertas Cadangan
|
4 Julai 2013
|
Perpustakaan Komuniti PJ
|
4
|
Perlaksanaan Projek di Sekolah
|
1 Julai- 6 Ogos 2013
|
SMKBTK
|
5
|
Pembentangan Projek kepada juri
|
19 Sept 2013
|
Perpustakaan Komuniti PJ
|
6
|
Lawatan juri ke sekolah
|
26 Sept 2013
|
SMKBTK
|
7
|
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah
|
11 Nov 2013
|
Pusat Komuniti Bukit Bandaraya Bangsar
|
7. Lokasi: Laman Kompos SMK Bandar Tasik Kesuma.
8. Nama Pasukan: Eco Greenators
NAMA GURU PENGIRING: 1. PN SITI ZURAIDAH BT ISMAIL
2. PN RAHIMAH BT ZAKARIA
NAMA PELAJAR: 1.
UMAR MUSTAQIM BIN HESHAMUDDIN
2.
LEE FEI WEN
3.
MUHAMMAD AFIQ BIN OMARUDDIN
4.
MOHAMAD AZLAN BIN JEFRI
5.
MUHAMMAD AFIQ BIN AZLI
6.
SYAHIRAH ASYIQIN BT ALIAS
7.
NUR SYAZWANI BT ZULKIFLI
8.
NASRIN DAYANA BT MOHAMMAD NASRI
9.
MUHAMMAD AZIZI BIN ABD HALIM
10.
NUR ATHIRAH BINTI RUSLY
11. NUR ATIKAH BINTI HALIM
12.
NUR FATINI BINTI ZAIDI
13.
NIDA SYAZWANI BINTI ZAWAWI
14.
SYAHIRAH MAIMINAH BINTI HASHIM
15.
NUR ARINA SADRINA BINTI ZAINUL NAHAR
16.
NUR HAZIERAH BINTI ROSDI
17.
ARIESYA BINTI ADNAN
18.
HAMUDAH HAKIMAH BINTI ABDULLAH
19.
NUR AISYA BINTI NAZRI
20.
NUR FARAHIN BINTI AFFENDY
Bahan-bahan yang digunakan:
·
Alatan perkebunan
·
Kapur
·
Bakteria
·
Daun kering
·
Sisa dapur
Kemudahan:
·
Laman Kompos yang telah diubah daripada pusat
pembakaran sampah.
·
Dua tong kompos yang disumbang oleh PIBG SMK
Bandar Tasik Kesuma.
·
Tong sampah terpakai untuk menyimpan daun
kering.
Kos :
Bil
|
Bahan
|
Harga
|
Sumber
|
1
|
Tapak
|
-
|
Kebenaran Pihak Sekolah
|
2
|
Tong Kompos
|
-
|
Sumbangan PIBG
|
3
|
Pondok Kompos
|
-
|
Sumbangan PIBG
|
4
|
Papan Tanda Laman Kompos
|
-
|
Peruntukan
Ko-kurikulum
|
5
|
Tong Pengumpulan daun kering
|
-
|
Tong Sampah terpakai
|
6
|
Alatan perkebunan dan bahan memproses baja kompos
|
-
|
Peruntukan AFFIN BANK dan dana yang dikumpulkan
oleh pasukan TrEES
|
Laporan perlaksanaan projek
Pertandingan disertai oleh 40 buah sekolah dari
Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan. Pasukan SMKBTK adalah antara
10 buah sekolah yang telah berjaya melepasi peringkat 1 – 3 dan memperolehi
suntikan dana sebanyak RM 425 dari Affin Bank untuk melaksanakan projek di
sekolah. Tempoh selama 6 minggu diberikan untuk melaksanakan projek dan
menjalankan kempen kesedaran alam sekitar di sekolah bermula 1 Julai hingga 6
Ogos. Selain itu pasukan sekolah juga perlu mengemaskinikan laman social face
book yang dipantau oleh pihak penganjur. Dari pemantauan juri, SMKBTK telah
terpilih ke peringkat akhir bersama 5 buah sekolah lain dan dilawati oleh pihak
juri. Akhirnya hasil kerja keras selama
10 bulan, pasukan Eco Greenators SMKBTK telah diumumkan sebagai juara
Pertandingan YV4C 2013, dengan membawa
hadiah kemenangan berjumlah RM 12,000 dan SMKBTK juga memenangi kategori
laporan akaun terbaik sebanyak RM 1,500.
Dalam tempoh projek ini pasukan Eco Greenators
telah berjaya mengolah lebih kurang 100kg daun kering dan 30 kg sisa dapur
kantin kepada 150 kg baja kompos. Sebahagian baja digunakan untuk membaja
tanaman di taman- taman dalam kawasan sekolah dan sebahagiannya di jual kepada
warga guru dan kakitangan sengan harga RM3 sekilo.
InsyaAllah, projek baja kompos ini akan diteruskan
perlaksanaannya dan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Saya sebagai penyelaras pasukan mewakili ahli
pasukan Eco Greenators ingin menyampaikan ucapan terimakasih dan penghargaan
atas sokongan yang diberikan oleh pihak PIBG yang telah menyumbangkan sebanyak
RM2000 untuk membina pondok dan tong kompos projek kami.
Sunday, 8 September 2013
Sukan SMK Bandar Tasilk Kesuma 2013
![]() |
| ACARA dimulakan dengan acara perbarisan Rumah Perdana. |
![]() |
| PERSEMBAHAN Rumah Perdana. |
![]() |
| PERARAKAN bendera kejohanan daripada wakil setiap rumah. |
![]() |
| PERSEMBAHAN daripada Rumah Waja. |
![]() |
| PERSEMBAHAN daripada Rumah Wira. |
![]() |
| RUMAH Satria. |
![]() |
| MENUNGGU acara seterusnya... |
![]() |
| MENGAMINKAN doa. |
![]() |
| DATUK Markiman Kobiran melepaskan 'tembakan' sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Sukan SMKBTK. |
![]() |
| BACAAN ikrar daripada ketua murid. |
![]() |
| PERSEMBAHAN Senamrobik daripada murid-murid SMKBTK amat menghiburkan suasana. |
![]() |
| PENGETUA SMKBTK, Pn Hamidah bt Hj Abdul Rahman menyerahkan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada Datuk Markiman Kobiran. |
![]() |
| DATUK Markiman Kobiran sempat melawat tapak gerai jualan termasuk ke 'Project Money Smart' ajuran PIDM. Jangan lupa 'Like' FB PIDMMoneySmart sekolah. |
Subscribe to:
Posts (Atom)