Thursday, 27 June 2013

Karnival Kesuma 2013

Tarikh: 30 Jun 2013
Masa: 7.00 pagi - 6.00 ptg
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma

Jom datang beramai-ramai!


Friday, 24 May 2013

Sumbangan Karnival Kesuma & Bicara Akademik

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SMK Bandar Tasik Kesuma dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan Karnival Kesuma pada:

Tarikh: Ahad 30 Jun 2013
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor

Tujuan

1. Mengumpul dana bagi membina bumbung di tapak perhimpunan dan wakaf-wakaf bagi memudahkan pelajar menjalankan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

2. Mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti keusahawanan dan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa pelajar SMK Bandar Tasik Kesuma.

Aktiviti
Membuka gerai jualan pelbagai jenis makanan, minuman, permainan dan pameran yang diusahakan oleh guru-guru dan ibu bapa.

Hasil jualan
Disalurkan kepada tabung PIBG untuk digunakan pelajar-pelajar untuki tujuan di atas.

Kami turut melibatkan penyertaan agensi-agensi luar untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang ilmu keusahawanan.

Sumbangan ikhlas
RM10 bagi seorang pelajar melalui pembelian kupon.

Aktiviti sampingan
Hari Bicara Akademik akan diadakan pada hari tersebut dari pukul 7.30 pagi - 10.30 pagi.
Ibu bapa hendaklah hadir pada hari tersebut untuk berbincang tentang perkembangan akademik anak-anak kita.

Sokongan daripada ibu bapa amat diharapkan bagi program ini berjaya.


Thursday, 16 May 2013

Sambutan Hari Guru

Tarikh: 17 Mei 2013
Masa: 7.30pg-12.30tgh
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma

Semua pelajar diwajibkan hadir pada sesi pagi. Adalah diharapkan ibubapa/penjaga dapat merancang dan menguruskan pengangkutan mengikut waktu yang ditetapkan.

Friday, 22 March 2013

Kejohanan Roadrun Kesuma

3 MAC 2012
KEJOHANAN Roadrun Kesuma peringkat sekolah bermula pada 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pelajar berkumpul mengikut rumah sukan untuk mengambil kedatangan dan taklimat ringkas oleh guru penasihat masing-masing. Larian bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 11.30pagi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah. Rumah Wira telah menjuarai roadrun kali ini. Tahniah!
'BERPOSING' sebelum acara larian bermula bersama Pn Hamidah, Pengetua SMKBTK (kiri) dan En Shamsuddin, YDP SMKBTK (kanan).

DEBARAN sebelum acara bermula.

SEDIA... Pn Hamidah membunyikan 'air horn' tanda bermulanya larian roadrun.

CEPAT... Lari!

OPSS! Ada yang terjatuh pulak...

DAPAT nombor berapa ni?

PIALA PUSINGAN yang menjadi rebutan...

PASUKAN Polis sentiasa bekerjasama membantu keselamatan pelajar SMKBTK menjalankan aktivitinya.

Thursday, 21 March 2013

Sambutan Hari Guru 2012

25 MEI 2012
Sambutan Hari Guru pada taun ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Johan Abdul Aziz. Majlis berlangsung pada hari Jumaat setelah selesainya Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Tema Hari Guru ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
MAJLIS diserikan dengan paluan kompang.

WAKIL dati PPD, En Zaki (tengah) turut hadir untuk memeriahkan lagi pada Majlis Hari Guru.


EN Shamsuddin, YDP SMK Bandar Tasik Kesuma memotong riben sambil diperhatikan oleh En Zaki dan Pn Hajah Hamidah, Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma.

WAKIL murid menyerahkan 'kad gergasi' kepada Pn Hajah Hamidah Pengetua SMK BTK sambil diiringi
En Shamsuddin, En Zaki dan guru-guru yang lain.

BACAAN ikrar guru yang diketuai oleh En Norazman Jindol bersama guru-guru yang lain pada Majlis Hari Guru 2012.

MURID-MURID tiddak ketinggalan membuat persembahan kepada guru-guru yang disayangi.

ANTARA aksi menarik persembahan dari murid-murid SMK Bandar Tasik Kesuma.



Wednesday, 20 March 2013

Sumbangan PIBG, Kokurikulum, Program 3K dan Majalah Sekolah 2013

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar dikehendaki memberi sumbangan PIBG, Kokurikulum dan Tandas Bestari serta Majalah Sekolah untuk tahun 2013 seperti berikut:

1. Sumbangan PIBG RM50 sekeluarga.
2. Sumbangan Kokurikulum RM8.00 setiap pelajar.
3. Majalah sekolah RM12.00 sekeluarga.
4.Sumbangan Program 3K (Tandas Bestari) RM5.00 setiap pelajar.

Sukacita dimaklumkan segala sumbangan di atas telah dipersetujui secara sebulat suara dalam Mesyuarat Agung PIBG yang berlangsung pada 24 Februari 2013 yang lalu.

Sumbangan ini juga telah diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, bayaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Mei 2013.

Kerjasana dan keperihatian tuan/puan adalah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.