Tuesday 2 July 2013

Karnival Kesuma 2013

SMK Bandar Tasik Kesuma telah berjaya mengadakan Karnival Kesuma 2013 pada 30 Jun 2013 yang lalu. Program anjuran PIBG dan pihak SMK Bandar Tasik Kesuma dirasmikan oleh Ybhg Dato' Mohd Said bin Haji Mat Saman.

Program diserikan lagi dengan kehadiran artis jemputan daripada murid SMK Bandar Tasik Kesuma iaitu Ainan Tasnem. Karnival ini turut disertai pihak bomba, polis, pertunjukkan motosikal besar, jualan buku, aneka makanan dan dan minuman, rumah hantu, jualan aksesori dan lain-lain.

Tujuan Karnival Kesuma 2013 ini diadakan ialah untuk menambah dana bagi merealisasikan bumbung tempat pelajar membuat pelbagai aktiviti.

Pihak PIBG SMKBTK mengucapkan jutaan terima kasih kerana sokongan dari ibubapa yang hadir memeriahkan lagi karnival yang disertai oleh anak-anak kita.

Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga kepada pihak Bomba, PDRM, Bikers, dll yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Semoga sokongan ini dapat diteruskan di masa akan datang demi kecemerlangan anak-anak SMK Bandar Tasik Kesuma.

BACAAN doa oleh Ustaz Abdul Aziz

Ucapa Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma, Pn Hjh Hamidah Abdul Rahman

KARNIVAL Kesuma 2013 dirasmikan oleh Ybhg Dato' Mohd said Hj Mat Saman.

PENYANYI jemputan, Ainan Tasnem.


GURU-guru turut serta meraikan kehadiaran bekas murid SMK BTK.

ANTARA pihak yang terlibat menjayakan Karnival Kesuma 2013.

PAMERAN dari pihak Bomba mencuri tumpuan ibubapa.

PAMERAN motosikal berkuasa besar turut diadakan.

GERAI jualan gadget.

GERAI jualan tudung turut diadakan

MOTOSIKAL dari pihak Polis Trafik dan Bomba.

PAMERAN motosikal Batman pun ada...

WOW...

PIHAK Bomba sempat berposing sebelum berangkat pulang.

PIBG juga membuka kaunter untuk ibibapa menderma dan juga penerangan mnegenai projek bumbung sekolah.

GERAI jualan anak-anak kita.




PONDOK jualan kupon.... Pn. Noraidah sedang kira apa tu?

ORANG kuat disebalik kejayaan Karnival Kesuma 2013, En Norazman Jidol memberi arahan kepada AJK PIBG,
Pn Noraini Resad.








No comments:

Post a Comment