Friday 26 July 2013

Program Motivasi Peningkatan Shahsiah Pelajar

Pada hari Khamis 25 Julai 2013 yang lalu telah diadakan Program Motivasi Peningkatan Shahsiah Pelajar di SMK Bandar Tasik Kesuma. Program berlangsung selama dua jam yang dikendalikan oleh penceramah yang didatangkan khas oleh pihak sekolah.

Penceramah tersebut ialah Puan Kamaladevi A/P Arumugam. Beliau adalah Guru Cemerlang Pendidikan Moral. Pengalaman beliau adalah penulis buku teks Pendidikan Moral Tahun 1 dan Tingkatan 5. Selain daripada itu, beliau adalah pemeriksa Pendidikan Moral SPM selama 20 tahun. Pernah memenangi Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2005 untuk teknik menghafal nilai 'Touch and Remember'.
PUAN Kamaladevi A/P Arumugam.

CIKGU David sebagai pengacara majlis.
UCAPAN aluan dari pengetua, Puan Hamidah bt Hj Abdul Rahman.
PUAN Kamaladevi memulakan ceramah motivasinya dengan penuh semangat.
SEBAHAGIAN daripada murid-murid yang terlibat dengan ceramah motivasi.


Suasana program berlangsung dengan penuh meriah dengan celoteh dari Puan Kamaladevi. Antara yang ditekankan ialah menghargai jasa ibubapa, menghormati guru dan keazaman untuk berubah kepada yang lebih baik dan cemerlang.

Semoga program ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada anak-anak kita. Tahniah!

No comments:

Post a Comment