Tarikh: 11 & 12 Mac 2017
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma
Agenda: Pemeriksaan daripada CDS Consultancy dengan Sri Awana Sdn. Bhd. mengenai status Dewan Terbuka 'Aspirasi SMK Bandar Tasik Kesuma'.
CDS di wakili oleh IR Chandra Segar, PIBG diwakili oleh En Anuar dan Tn Haji Rizall manakala pihak sekolah diwakili oleh Cikgu Nazri bersama Haji Kameel (Pemilik Sri Awana).
Hasil daripada perbincangan tersebut berjalan lancar. Dijangka pada cuti sekolah ini, pihak kontraktor akan mula menaikkan kekuda. Insyallah!
|
TN HJ RIZAL (kiri) sedang berbincang dengan En Zul (mewakili kontraktor) mengenai kualiti welding yang sedang ditambah baik. |
|
ANTARA kualiti welding yang sedang ditambah baik. |
|
DARI kiri, Cikgu Nazri, En Anuar, En Chandra Segar dan Hj Rizall. |
|
WALAU pun En Anuar tidak sihat dan Tn Hj Rizall baharu sahaja tiba dari Singapura namun mereka tetap memberi komitmen yang tinggi demi memastikan bumbung sekolah siap seperti yang dirancang. |
|
PEKERJA sibuk melakukan kerja-kerja penambahbaikan. |
|
PERBINCANGAN antara Ir Chandra Segar dan En Zul mengenai pelan bumbung. |
No comments:
Post a Comment