Sunday, 8 September 2013

Sukan SMK Bandar Tasilk Kesuma 2013

ACARA dimulakan dengan acara perbarisan Rumah Perdana.
PERSEMBAHAN Rumah Perdana.
HARI Sukan SMKBTK diserikan lagi dengan kehadiran Datuk Markiman Kobiran (tengah) dan diiringi oleh Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma, Pn Hamidah binti Hj Abdul Rahman dan YDP PIBG, Em Shamsuddin bin Md Yassin.
PERARAKAN bendera kejohanan daripada wakil setiap rumah.
PERSEMBAHAN daripada Rumah Waja.
PERSEMBAHAN daripada Rumah Wira.
RUMAH Satria.
MENUNGGU acara seterusnya...
MENGAMINKAN doa.
DATUK Markiman Kobiran melepaskan 'tembakan' sebagai simbolik merasmikan Kejohanan Sukan SMKBTK.
BACAAN ikrar daripada ketua murid.
PERSEMBAHAN Senamrobik daripada murid-murid SMKBTK amat menghiburkan suasana.
PENGETUA SMKBTK, Pn Hamidah bt Hj Abdul Rahman menyerahkan cenderahati sebagai tanda kenangan kepada Datuk Markiman Kobiran.
DATUK Markiman Kobiran sempat melawat tapak gerai jualan termasuk ke 'Project Money Smart' ajuran PIDM.
Jangan lupa 'Like' FB PIDMMoneySmart sekolah.

Friday, 26 July 2013

Program Motivasi Peningkatan Shahsiah Pelajar

Pada hari Khamis 25 Julai 2013 yang lalu telah diadakan Program Motivasi Peningkatan Shahsiah Pelajar di SMK Bandar Tasik Kesuma. Program berlangsung selama dua jam yang dikendalikan oleh penceramah yang didatangkan khas oleh pihak sekolah.

Penceramah tersebut ialah Puan Kamaladevi A/P Arumugam. Beliau adalah Guru Cemerlang Pendidikan Moral. Pengalaman beliau adalah penulis buku teks Pendidikan Moral Tahun 1 dan Tingkatan 5. Selain daripada itu, beliau adalah pemeriksa Pendidikan Moral SPM selama 20 tahun. Pernah memenangi Anugerah Guru Inovatif Kebangsaan 2005 untuk teknik menghafal nilai 'Touch and Remember'.
PUAN Kamaladevi A/P Arumugam.

CIKGU David sebagai pengacara majlis.
UCAPAN aluan dari pengetua, Puan Hamidah bt Hj Abdul Rahman.
PUAN Kamaladevi memulakan ceramah motivasinya dengan penuh semangat.
SEBAHAGIAN daripada murid-murid yang terlibat dengan ceramah motivasi.


Suasana program berlangsung dengan penuh meriah dengan celoteh dari Puan Kamaladevi. Antara yang ditekankan ialah menghargai jasa ibubapa, menghormati guru dan keazaman untuk berubah kepada yang lebih baik dan cemerlang.

Semoga program ini dapat memberi pengalaman yang berguna kepada anak-anak kita. Tahniah!

Tuesday, 2 July 2013

Karnival Kesuma 2013

SMK Bandar Tasik Kesuma telah berjaya mengadakan Karnival Kesuma 2013 pada 30 Jun 2013 yang lalu. Program anjuran PIBG dan pihak SMK Bandar Tasik Kesuma dirasmikan oleh Ybhg Dato' Mohd Said bin Haji Mat Saman.

Program diserikan lagi dengan kehadiran artis jemputan daripada murid SMK Bandar Tasik Kesuma iaitu Ainan Tasnem. Karnival ini turut disertai pihak bomba, polis, pertunjukkan motosikal besar, jualan buku, aneka makanan dan dan minuman, rumah hantu, jualan aksesori dan lain-lain.

Tujuan Karnival Kesuma 2013 ini diadakan ialah untuk menambah dana bagi merealisasikan bumbung tempat pelajar membuat pelbagai aktiviti.

Pihak PIBG SMKBTK mengucapkan jutaan terima kasih kerana sokongan dari ibubapa yang hadir memeriahkan lagi karnival yang disertai oleh anak-anak kita.

Juga tidak ketinggalan ucapan terima kasih juga kepada pihak Bomba, PDRM, Bikers, dll yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Semoga sokongan ini dapat diteruskan di masa akan datang demi kecemerlangan anak-anak SMK Bandar Tasik Kesuma.

BACAAN doa oleh Ustaz Abdul Aziz

Ucapa Pengetua SMK Bandar Tasik Kesuma, Pn Hjh Hamidah Abdul Rahman

KARNIVAL Kesuma 2013 dirasmikan oleh Ybhg Dato' Mohd said Hj Mat Saman.

PENYANYI jemputan, Ainan Tasnem.


GURU-guru turut serta meraikan kehadiaran bekas murid SMK BTK.

ANTARA pihak yang terlibat menjayakan Karnival Kesuma 2013.

PAMERAN dari pihak Bomba mencuri tumpuan ibubapa.

PAMERAN motosikal berkuasa besar turut diadakan.

GERAI jualan gadget.

GERAI jualan tudung turut diadakan

MOTOSIKAL dari pihak Polis Trafik dan Bomba.

PAMERAN motosikal Batman pun ada...

WOW...

PIHAK Bomba sempat berposing sebelum berangkat pulang.

PIBG juga membuka kaunter untuk ibibapa menderma dan juga penerangan mnegenai projek bumbung sekolah.

GERAI jualan anak-anak kita.




PONDOK jualan kupon.... Pn. Noraidah sedang kira apa tu?

ORANG kuat disebalik kejayaan Karnival Kesuma 2013, En Norazman Jidol memberi arahan kepada AJK PIBG,
Pn Noraini Resad.








Thursday, 27 June 2013

Karnival Kesuma 2013

Tarikh: 30 Jun 2013
Masa: 7.00 pagi - 6.00 ptg
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma

Jom datang beramai-ramai!


Friday, 24 May 2013

Sumbangan Karnival Kesuma & Bicara Akademik

Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SMK Bandar Tasik Kesuma dengan kerjasama pihak sekolah akan mengadakan Karnival Kesuma pada:

Tarikh: Ahad 30 Jun 2013
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma, Beranang Selangor

Tujuan

1. Mengumpul dana bagi membina bumbung di tapak perhimpunan dan wakaf-wakaf bagi memudahkan pelajar menjalankan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

2. Mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti keusahawanan dan mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan sekolah, guru-guru dan ibu bapa pelajar SMK Bandar Tasik Kesuma.

Aktiviti
Membuka gerai jualan pelbagai jenis makanan, minuman, permainan dan pameran yang diusahakan oleh guru-guru dan ibu bapa.

Hasil jualan
Disalurkan kepada tabung PIBG untuk digunakan pelajar-pelajar untuki tujuan di atas.

Kami turut melibatkan penyertaan agensi-agensi luar untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang ilmu keusahawanan.

Sumbangan ikhlas
RM10 bagi seorang pelajar melalui pembelian kupon.

Aktiviti sampingan
Hari Bicara Akademik akan diadakan pada hari tersebut dari pukul 7.30 pagi - 10.30 pagi.
Ibu bapa hendaklah hadir pada hari tersebut untuk berbincang tentang perkembangan akademik anak-anak kita.

Sokongan daripada ibu bapa amat diharapkan bagi program ini berjaya.


Thursday, 16 May 2013

Sambutan Hari Guru

Tarikh: 17 Mei 2013
Masa: 7.30pg-12.30tgh
Tempat: SMK Bandar Tasik Kesuma

Semua pelajar diwajibkan hadir pada sesi pagi. Adalah diharapkan ibubapa/penjaga dapat merancang dan menguruskan pengangkutan mengikut waktu yang ditetapkan.